Formula empirik

Formula empirik ialah nisbah paling ringkas bagi setiap atom dalam suatu sebatian kimia[1]. Formula empirik bagi sesuatu sebatian biasanya diperoleh melalui uji kaji. Peratus komposisi setiap unsur boleh diperoleh berdasarkan berat sesuatu unsur. Bilangan sebenar sesuatu unsur di dalam sesuatu molekul ialah bilangan mol unsur itu di dalam satu molar sebatian. Bilangan mol ini ditukarkan kepada nisbah angka penuh termudah, iaitu formula empirik. Formula empirik ditulis dengan bilangan setiap unsur sebagai subskrip.